Saturday 18 September 2010

Menjejaki cerita lama di sebalik pekan Lumut

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Di sini saya ingin berkongsi beberapa buah gambar yang diambil sekitar Lumut lebih 2 bulan lepas. Kebetulan gambar-gambar ini diambil lebih-kurang seminggu selepas jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dikembalikan ke makam diraja Perak di Bukit Chandan. Jenazah almarhum telah dibawa ke Lumut melalui kapal, mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik ini? Sambil itu, biar kita jejaki sedikit cerita-cerita lama berkenaan pekan yang sekarang terkenal sebagai tempat pelancungan serta destinasi perhentian untuk ke Pulau Pangkor.Greetings dear readers. Here I want to share some pictures taken in and around Lumut more than 2 months ago. It happened that the pictures were taken almost a week after the remains of Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin were returned to the Perak royal mausoleum at Bukit Chandan. The remains were brought by ship through Lumut, perhaps there's a hidden meaning and significance behind this? At the same time, let us track through some old stories regarding this town which is famous for being a tourist place and the destinated stop to go to Pangkor Island.

Masjid jamek Lumut. Perhatikan senibinanya yang serupa dengan senibina Melayu lama yang sudah diketengahkan dalam blogspot ini, terutama bahagian seperti lidah menjulur daripada setiap sudut atap.
The main mosque in Lumut. Note the architecture which is similar to the ones potrayed before in this blogspot, especially the "tounges" hanging down from every corner of the roof.

Saya agak terperanjat melihat bangunan besar tempat letak kereta di belakang ini. Lumut telah banyak berubah berbanding keadaan ketika saya di situ lebih setahun sebelum gambar ini diambil. Sengaja saya pilih sudut yang menonjolkan nama jalan sempena Nakhoda Mohamad Taib, seorang pahlawan handal yang dikatakan datang dari Batubara di Sumatera awal abad ke 19 untuk menghalau lanun yang bermaharajalela sekitar Lumut lalu memajukan daerah itu.
I was surprised to see the big car-park building seen in the background. Lumut have changed much since I was there a year before this picture is snapped. I consciously chose this angle to bring up the road dedicated to Nakhoda (Ship-captain) Mohamad Taib, a skilful warrior who was said to hail from Batubara in Sumatera early 19th century to chase away the pirates which hold sway over Lumut and to cultivate the area.

Muara Sungai Dinding dilihat daripada pekan Lumut. Kelihatan di belakang adalah bukit-bukau di Pulau Pangkor.
The estuary of the Dinding river seen from the small town of Lumut. At the background are the hills at Pangkor Island.

Pekan Lumut dilihat daripada tengah Sungai Dinding. Ketika itu saya sedang menaiki bot untuk ke seberang. Kelihatan di belakang adalah Bukit Engku Busu setinggi lebih 1,000 kaki, bukit yang dinamakan sempena seorang kerabat diraja Bugis yang pernah bermastautin, kalau tak silap penghujung abad ke 18.
The small town of Lumut as seen from the middle of the Dinding river. At the time, I was on a boat heading across the river. Seen in the background is the hill of Engku Busu which is more than 1,000-feet tall, a hill named after a Bugis royalty who stayed in the area, correctly or not at the end of the 18th century.


Damar Laut dilihat daripada bot menghampiri jeti. Tempat ini terletak di seberang pekan Lumut.
Damar Laut seen from the boat approaching the jetty. This place is situated across Lumut.

Wednesday 15 September 2010

Tuesday 14 September 2010

Seminar “Nakhoda Muhammad Taib” Sabtu ini

Seminar “Nakhoda Muhammad Taib” Sabtu ini

22/07/2010 7:48pm

LUMUT – Satu seminar mengenai ketokohan pahlawan Melayu yang juga tokoh maritim terbilang, “Nakhoda Muhammad Taib” akan diadakan di pantai Teluk Senangin, Segari dekat sini Sabtu ini.
Seminar itu dianjurkan khusus bagi memperingati jasa pahlawan maritim, pentadbir, pedagang dan pejuang Melayu silam itu, supaya ia tidak dilupai oleh generasi sekarang.
Program sehari itu merupakan anjuran bersama Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandar Raya Ipoh (Pintar) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan kerjasama Yayasan Perak, Kerajaan Negeri Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Urus setia seminar, Harifuddin Kamarudin berkata, orang ramai terutama peminat sejarah seluruh negara dijemput menyertai seminar sehari yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu, yang akan menyaksikan pembentangan 17 kertas kerja.
Katanya pada sebelah malam, para peserta akan berpeluang menyaksikan persembahan puisi perjuangan Nakhoda Muhammad Taib oleh pelajar UPSI dan penduduk setempat.
Beliau berkata Nakhoda Muhammad Taib pernah dianugerahkan surat kuasa oleh Sultan Perak ke-23, Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1856 untuk memerintah Jajahan Kuala Sepit di Manjung. – Bernama

Menyusuri Nakhoda Muhammad Taib

ARKIB : 18/07/2010  Dua puluh lapan juta rakyat Malaysia mungkin sudah tidak mengenali nama Nakhoda Muhammad Taib (meninggal dunia 1873) yang membuka dan mentadbirkan Kerajaan Melayu Kuala Sepit (1857-1876). Pusaranya terletak di Bukit Teluk Kopiah, Batu Tiga, Segari, Lumut, Perak.
Bagaimanapun nama tokoh pahlawan maritim, pentadbir, pedagang dan pejuang Melayu terawal ini diabadikan pada Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Batu Tiga, Segari, Lumut, Perak atas cadangan novelis Bahagia Sesudah Derita, Cikgu Md. Akhir Leman yang pernah mengajar di situ.
Cikgu Md. Akhir Leman ini juga banyak menulis rencana tentang perjuangan hebat dan gemilang Nakhoda Muhammad Taib dalam beberapa buah rencananya di majalah Mastika seperti Kisah Sebuah Kerajaan Melayu Yang Hilang -Kuala Sepit (Mastika, Disember 1956), Semambu Bangkut Mempunyai Hikmah (Mastika, Februari 1960) dan Lumut Dari Segi Sejarah (Mastika, Mac 1962).
Ketokohan Nakhoda Muhammad Taib dan kehebatan perjuangannya mendorong beliau dianugerahkan surat kuasa oleh Sultan Perak ke-23, Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1856 untuk memerintah Jajahan Kuala Sepit.
Kesan-kesan pemerintahan Nakhoda Muhammad Taib kebanyakannya sudah tiada tetapi boleh dilihat tapaknya di sekitar kawasan Segari, Hujung Pasir dan sebagainya. Barang-barang peninggalannya sudah diserahkan oleh waris-warisnya yang masih ada di sekitar Batu Tiga ,Segari, Ipoh dan sebagainya kepada Kompleks Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim).
Perjuangan
Kisah perjuangan Nakhoda Muhammad Taib ada juga disentuh oleh Prof Dr.Othman Mohd.Yatim dalam bukunya Dinding Jajahan Istimewa di Perak (1994). Kisah perjuangan hebat Nakhoda Muhammad Taib membanteras lanun di perairan Kuala Sepit, Dinding, Lumut, Selat Melaka dan sebagainya dengan sebilah keris bernama Helang Menyambar, Lancang Kuning dan sebatang tongkat bernama Semambu Bangkut masih segar dalam ingatan penduduk-penduduk di situ.
Bagaimanapun apabila berlaku Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 yang menandakan pencerobohan kuasa penjajah Inggeris ke atas negeri Perak, waris Nakhoda Muhammad Taib iaitu Nakhoda Md. Ariff dan sebagainya hilang kuasa dan menjadi rakyat biasa serta semakin dilupakan orang walaupun warisnya seperti Haji Zainal Abidin Yen merupakan tokoh terbilang dalam bidang sukan ragbi dan Sarjan Ahmad Nadzri.
Menyedari dan menginsafi nama, jasa dan digniti Nakhoda Muhammad Taib semakin dilupakan dan tidak dikenali orang kini dan generasi akan datang, Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (Pintar) dan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Yayasan Perak, Kerajaan Negeri Perak, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan masyarakat kampung Batu Tiga menganjurkan Seminar Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib pada 24 Julai ini di Chalet de Idaman, Teluk Senangin, Lumut, Perak.
Seminar ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan antaranya oleh Prof. Datuk Dr. Othman Mohd.Yatim, Prof. Madya Dr. Talib Samat, Md. Akhir Leman, Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan, Haji Zainal Abidin Yen dan Abdul Latip Ariffin iaitu bekas kurator Muzium Matang.
Seminar yang berusaha merakyatkan dan memasyarakatkan sastera dan sejarah ini terbuka kepada semua. Untuk mendapat keterangan lanjut boleh urus setia di talian 012-2269740 atau Hariffudin Kamarudin di talian 017-5736852.
Pada sebelah malamnya diadakan acara baca puisi tentang kisah perjuangan Nakhoda Muhammad Taib oleh pelajar-pelajar UPSI dan penduduk Batu Tiga, Segari.
Pada 25 Julai pula diadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Nakhoda Muhammad Taib dan waris-waris yang telah meninggal dunia.