Sunday, 11 July 2010

Pemerintah Kerajaan Melayu di Kuala Sepit Dinding Perak dalam Majalah Mastika Feb 1960

Dalam Mastika keluaran Disember 1956, saya ada menulis kisah sebuah Kerajaan Melayu KUALA SEPIT. Walaupun ia telah luput ditelan oleh zaman, namun bekas-bekas Kerajaan, makam-makam, lain-lain tanda masih terdapat lagi dan boleh disaksikan hingga hari ini.
Nakhoda ini berasal dari Batu Bara (Sumatera) sebelum menjadi Ketua Pemerintah Kuala Sepit, Nakhoda lebih terkenal dalam ilmu pelayaran dan perniagaan. Inilah yang menyebabkan dia dikenali ramai, terutama Raja-Raja, Orang Besar- Besar dan saudagar-saudagar.

Di antara Pembesar-Pembesar Negeri yang kenal dan mesra dengannya ialah Sultan Jaafar Muazzam Shah-Sultan Perak yang ke-23. Baginda naik takhta Kerajaan Perak pada tahun Masihi 1850 menggantikan Sultan Abdullah Mohammad Shah (Marhum Durian Sebatang).

Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding. Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857. Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini.

No comments:

Post a Comment