Sunday 11 July 2010

Sejarah lagi..Bruas

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.


Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur.. Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.

Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang. Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya. Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.

Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung. Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu

Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan.

2 comments:

  1. Tak sangka bumi yg namanya beruas pernah jadi sebuah negara sblm ini...

    ReplyDelete
  2. Tak sangka bumi yg namanya beruas pernah jadi sebuah negara sblm ini...

    ReplyDelete